suria

Zabaleta Tandatangani Kontrak Dua Tahun Bersama West Ham

Pablo Zabaleta. Foto 360nobs.com

WEST Ham mengesahkan Pablo Zabaleta menandatangani kontrak bersama pasukan itu menerusi perpindahan percuma susulan pemain tersebut meninggalkan Manchester City.

Kontrak selama dua tahun itu dipercayai bernilai kira-kira £90,000 (RM492,197) seminggu.

Jumlah kontrak tersebut menjadikan Zabaleta, 32, sebagai kontrak yang besar pertama ditandatangani bagi kelab di bawah pengurus Slaven Bilic pada musim panas.

Zabaleta memberitahu West Ham TV: "Ia merupakan satu keseronokan menjadi sebahagian daripada kelab West Ham. Saya berharap dapat memberikan detik-detik yang baik.

"Sudah tentu saya datang ke kelab ini untuk menikmati waktu yang baik dan amat berharap kita dapat memperoleh masa yang begitu cemerlang.

"Kadang-kadang cabaran baharu adalah sesuatu yang anda perlukan sebagai individy dan pemain. Saya fikir masa saya sudah cukup di Manchester City. Sudah sembilan tahun yang hebat, benar-benar cemerlang.

"Manchester City memberikan peluang kepada saya untuk ke liga yang hebat ini, Liga Perdana Inggeris. Sudah tentu bagi saya ia merupakan waktu yang tepat untuk melangkah pergi."

Zabaleta menyertai Manchester City dari Espanyol pada 2008 dan telah membuat lebih 300 kemunculan buat pasukan itu, memenangi dua gelaran Liga Perdanaa Inggeris dan satu Piala FA. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain