suria

'Saya Sanggup"

ARSENE Wenger memuji kejayaan Arsenal merangkul Piala FA buat kali ke-13 sebagai satu daripada detik membanggakan dalam kariernya tetapi mengakui dia masih buntu tentang masa depannya bersama kelab itu.

Musim Liga Perdana Inggeris yang hambar menyaksikan Arsenal menamatkan saingan di tempat kelima, sekali gus tidak layak ke Liga Juara-Juara pada musim depan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun sejak Wenger mengemudi The Gunners.

Malah desakan segelintir penyokong mahu pengurus kelahiran Perancis untuk menamatkan 'pemerintahan' 21 tahun di Arsenal untuk memastikan kelab itu kekal bersaing sebagai empat pasukan terbaik liga.

Nasib Wenger hanya diketahui pada mesyuarat lembaga pada Selasa depan sama ada di akan kekal atau dipecat, tetapi dia menegaskan mahu membela nasibnya selepas berjuang bersama kelab itu.

"Sungguh mengarut jika pengorbanan selama 20 tahun dinilai berdasarkan satu perlawanan atau masa depan kelab ini bergantung pada satu aksi.

"Saya hanya mahu melakukan yang terbaik buat kelab ini. Saya fikir terpulang kepada ahli lembaga jika saya merupakan individu yang tepat memimpin kelab ini.

"Ini bukan soal populariti. Ia tentang kemampuan," katanya menurut portal Mirror.

Ditanya sama dia merupakan masih pengurus yang layak memingkul tugas tersebut, Wenger dengan yakin berkata, "Ya, saya sanggup."

"Tugas saya adalah terbuka kepada umum. Perlu menerima kritikan dan pihak yang tidak bersetuju dengan saya.

"Mesyuarat akan diadakan pada Selasa depan. Mungkin Rabu atau Khamis segalanya akan jelas," katanya.

Arsene Wenger

Artikel Berikut

'Kekal Semusim Lagi'

Artikel Lain