suria

Sultan Kedah Rai Juara Piala FA

Sultan Abdul Halim menerima Piala FA yang dipersembahkan ketua pasukan bola sepak Kedah, Khairul Helmi Johari (tengah) dan Baddrol Bakhtiar (kanan) pada Majlis Santapan Malam Meraikan Pasukan Bola Sepak Kedah Menjuarai Piala FA 2017 di Istana Anak Bukit malam Khamis. fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan skuad Lang Merah yang menjuarai Piala FA 2017, di Dewan Santapan Istana Anak Bukit di sini.

Turut berangkat Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan barisan pengurusan KFA.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah berkata pengurusan KFA dan pemain gembira kerana telah diraikan dalam majlis penuh gemilang oleh Sultan Kedah.

"Selaku Presiden KFA, saya terharu dengan majlis yang diadakan dan Tuanku yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak Kedah," katanya.

Baginda juga turut berkenan menyerahkan imbuhan berjumlah RM20,000 setiap seorang membabitkan jurulatih, penolong jurulatih dan kesemua pemain. - BERNAMA

Piala FA

Artikel Sebelum

Rossi Terlibat Kemalangan

Artikel Lain