Ken Ilso Dedah Tahap Kecederaan - Sukan | mStar

Ken Ilso Dedah Tahap Kecederaan

PENYERANG import Kedah, Ken Ilso Larsen mendedahkan tahap kecederaan yang dialaminya ketika skuad hijau kuning menang bergaya 3-0 menentang T-Team pada Rabu.

Pemain kelahiran Denmark itu berkata, kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius, namun perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya.

Ken Ilso, 30, mengalami kecederaan bahu kanan dan terpaksa dikeluarkan selepas dikasari pemain T-Team sejurus meledak hatrik pada perlawanan berkenaan.

"Ini bukan kali pertama saya mengalami kecederaan bahu kanan, semasa menjalani latihan sebelum ini juga pernah berlaku. Pegawai perubatan berjaya merawatnya di dalam bilik persalinan dan ia tidak serius lagi.

"Cuma saya perlu rehat selama tiga minggu sebelum dapat kembali membantu rakan-rakan di atas padang.

"Ia bukan tempoh yang lama kerana kita akan berehat selama dua minggu sebelum kembali menjalani latihan dan membuat persediaan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ken Ilso menambah, dia akan pastikan kembali cergas sebelum Julai kerana Kedah akan kembali sibuk dengan Liga Super dan Piala Malaysia.

Jelasnya, kecederaan itu tidak menjatuhkan moralnya yang berjaya menghasilkan hatrik untuk Kedah dalam misi tiga mata pada perlawanan malam tadi.

"Saya cuma kecewa kerana terpaksa meninggalkan padang dan rakan sepasukan lain. Malah mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah tiga pertukaran habis dilakukan oleh jurulatih (Mohd Nidzam Adzha Yusoff).

"Apa pun saya bersyukur kerana kami menang dan dapat mencabar pendahulu liga seperti yang menjadi sasaran pasukan.

Ken Ilso Larsen , Kedah , Liga Super , T-Team , Piala FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain