suria

Nidzam Dilamar Jadi Jurulatih Kedah

ALOR SETAR: Susulan kejayaan Kedah merangkul Piala FA 2017, pemangku jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff pada Selasa mengesahkan bahawa dirinya sudah dilamar oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menjadi ketua jurulatih pasukan itu sehingga penghujung musim ini.

Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang kini menyertai skuad Harimau Malaya.Mohd Nidzam Adzha berkata status beliau telah dimaklumkan oleh KFA sebelum final Piala FA antara Kedah dan Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas.

Skuad Helang Merah itu berjaya menewaskan Pahang 3-2, sekali gus meraih kejuaraan keempat trofi tersebut.

"Mungkin keyakinan mereka (KFA) terhadap saya meningkat setelah Kedah berjaya membawa pulang Piala FA.Bagaimanapun, kedudukan saya pada musim hadapan hanya akan ditentukan oleh pihak KFA nanti," katanya.

Katanya, beliau bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan oleh KFA walaupun sedar ia bukanlah suatu tugas yang mudah.

Sebelum ini, Mohd Nidzam Adzha memangku jawatan pemangku ketua jurulatih berikutan peletakan jawatan Cheng Hoe sebagai jurulatih Kedah pada 1 April lalu setelah ditawarkan menjadi pembantu jurulatih Harimau Malaya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain