suria

"Ada Kemungkinan"

"ADA kemungkinan."

"Demikian kata penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann mengenai peluangnya untuk menyarung jersi Manchester United pada Jun ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford dan ketika ditanya kedudukan peluangnya dari nilai 1 hingga 10 dalam satu program televisyen di Perancis, Griezmann menjawab: "Enam."

"Masa depan saya akan diputuskan dalam tempoh dua minggu," katanya.

Pada masa sama, dia turut menolak khabar angin bahawa dia akan berhijrah ke Real Madrid.

Griezmann mempunyai klausa perpindahan bernilai 84 juta pound sterling dan difahamkan ia bukan satu isu kepada United.

Namun pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini mengakui akan mengubah fikirannya jika United gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Laporan pada Mac lalu mendakwa proses perpindahannya hampir dimuktamadkan tetapi Griezmann mengakui dia sudah bosan membincangkan mengenai masa depannya selepas menyatakan kesetiaan terhadap Atletico beberapa kali sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Conte Pengurus Terbaik EPL

Artikel Lain