suria

Moyes Letak Jawatan

DAVID Moyes meletak jawatan sebagai Pengurus Sunderland selepas kelab itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus berusia 54 tahun itu memaklumkan kepada pihak pengurus kelab itu secara rasmi mengenai keputusan tersebut dalam satu pertemuan di London pada Isnin.

The Black Cats hanya menang enam daripada 38 perlawanan dan mengutip 24 mata musim ini.

Moyes menggantikan Sam Allardyce pada Julai tahun lalu dan cukup terdesak menyelamatkan Sunderland apabila hanya meraih 16 mata musim ini serta berada di kelompok tercorot liga.

"Saya ucapkan terima kasih kepada (pengerusi) Ellis Short dan lembaga pengarah kerana memberikan peluang mengendalikan Sunderland, begitu juga dengan peminat yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu.

"Saya harap pemain dan pengganti saya akan menemui penyelesaian terbaik untuk membawa kelab kembali ke Liga Perdana Inggeris," kata Moyes.

Sunderland tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas 10 tahun berada di Liga Perdana Inggeris dan status tersebut disahkan selepas mereka tewas 1-0 kepada Bournemouth di laman sendiri, bulan lalu.

David Moyes, Sunderland

Artikel Sebelum

Conte Pengurus Terbaik EPL

Artikel Berikut

Kedah Raih Laluan Selesa

Artikel Lain