suria

Sebab Piala FA Penting Buat Khairul Helmi

KHAIRUL Helmi Johari bakal melakar sejarah tersendiri jika berjaya membantu Kedah menewaskan Pahang dan menjuarai Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Pemain senior skuad hijau kuning itu bakal menjulang Piala FA sebagai ketua pasukan jika kemenangan berpihak kepada pasukannya.

Musim lalu ketika Kedah menjuarai Piala Malaysia, Khairul Helmi diturunkan sebagai pemain simpanan dan lilitan ketua pasukan diberikan kepada Baddrol Bakhtiar.

Namun malam ini, dia bakal mengetuai kesebelasan utama selain menjadi benteng Kedah bagi menghalang serangan Pahang yang mendapat suntikan penyerang baharu dari Argentina.

"Inilah masa yang saya nantikan kerana buat pertama kali akan beraksi pada perlawanan akhir Piala FA sebagai ketua pasukan Kedah.

"Saya mahu pastikan kami menjuarai Piala FA musim ini. Ini adalah matlamat semua pemain, jurulatih pegawai pasukan," katanya kepada mStar Online.

Jelasnya, kemenangan itu bukan sahaja penting untuk pasukan tetapi penyokong yang datang dari jauh untuk memberi sokongan.

"Ini juga masa untuk kami membalas jasa dan pengorbanan mereka yang sentiasa menyokong kami di mana sahaja dan naik-turun Kedah.

"Saya harap semua pemain akan memberi tumpuan sepanjang permainan dan berjuang sehinggan ke minit terakhir untuk memastikan kemenangan menjadi milik kita," jelasnya.

Kedah, Khairul Helmi Johari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain