suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Annuar Bakal Temui Pemain Import Baharu

Abou Bakr Al-Mel - Foto: AFC

KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa akan menemui pemain import baharu daripada Skuad Kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel, yang bakal menyertai pasukan Kelantan pada Khamis.

Penyerang berusia 24 tahun itu dipercayai bakal menggantikan penyerang import sensasi Kelantan Mohammed Ghaddar yang dilepaskan ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela pemindahan pemain pertengahan musim Liga Malaysia.

“Beliau (Abou Bakr)  kini bersama skuad senior negaranya dan baru terpilih sebagai pemain terbaik liga (Lubnan) 2017,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau, Rabu.

Abou Bakr yang sebelum ini beraksi bersama kelab AC Tripoli dalam liga negaranya dikatakan mempunyai ketajaman penyudah seperti Mohammed Ghaddar.

Usaha membawa tenaga import baharu tersebut adalah bagi memperkuatkan pasukan Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Annuar Musa, Kafa, import

Artikel Sebelum

United Nombor 6!

Artikel Lain