suria

Wak Am Bagai Sireh Pulang Ke Gagang

PETALING JAYA: 'Bagai sirih pulang ke gagang.'

Demikian pepatah yang sesuai diberikan apabila penyerang berbisa, Mohd Amri Yahya kembali menyarung jersi Gergasi Merah selepas hampir empat tahun meninggalkan pasukan Selangor.

Pemain veteran kebangsaan yang berusia 36 tahun itu meninggalkan Selangor pada tahun 2013 selepas 12 tahun bersama juara Piala Malaysia 33 kali itu bagi mencari pengalaman baharu bersama Johor Darul Tak'zim (JDT) pada musim 2014-16 dan Melaka United (awal musim 2017).

Khidmatnya bersama Melaka United tidak berpanjangan dan pada Rabu, Persatuan Bola Sepak Selangor mengumumkan bahawa Amri sah menjadi milik mereka di laman Twitter rasmi persatuan.

Sepanjang bersama Melaka United, Amri merekodkan sepuluh penampilan musim ini.

Malah Amri yang turut digelar 'Wak Am' bakal membuat penampilan pertamanya pada aksi perlawanan persahabatan bertemu MISC-Mifa petang Rabu.

Selain itu, barisan  pemain Selangor dilihat semakin mantap dengan kembalinya seorang lagi pemain import berbisa mereka dari Indonesia, Andik Vermansyah yang dikeluarkan sejak Disember lalu gara-gara kecederaan.

Andik kini sedia untuk mernyarung jersi Selangor sekaligus membantu skuad bimbingan P.Maniam ini kembali lebih mantap.

Pemain berusia 25 tahun yang digelar 'Lionel Messi Indonesia' mengalami kecederaan ligamen ketika saingan pusingan pertama Piala AFF Suzuki bertemu Thailand tahun lalu.


Amri Yahya, Selangor

Artikel Berikut

Artikel Lain