suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Toure Tak Suka Sambut 'Birthday'

YAYA Toure mengakui tidak suka meraikan hari lahirnya.

Biarpun City mencatat kemenangan 2-1 ke atas Leicester di Stadium Etihad Sabtu lalu, tiada sebarang sambutan hari lahir buat pemain berusia 34 tahun itu.


Ejennya, Dimitry Seluk telah meminta peminat-peminat Man City supaya membawa kek ketika perlawanan menentang Leicester bagi sama-sama meraikan hari lahir Toure.

Dan terdapat juga sebahagian penyokong membawa poster berbentuk kek dengan ucapan 'Happy Birthday Yaya'.


"Saya yakin ia sekadar nombor. Saya hanya gembira bermain bola sepak.

"Saya benci hari lahir saya. Saya tidak suka," ujarnya tanpa memberi sebarang penjelasan mengenainya.

Bagaimana pun, Toure turut teruja dengan sokongan yang diberikan daripada peminat-peminat Man City.

Toure bakal mengakhiri tujuh tahun bersama City hujung musim ini jika pengurus Pep Guardiola tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Yaya Toure, Manchester City

Artikel Berikut

Artikel Lain