suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zabaleta Sah Tinggalkan City

PEMAIN antarabangsa Argentina, Pablo Zabaleta bakal meninggalkan kelabnya, Manchester City sebaik sahaja aksi musim ini.

"Kontrak pemain Argentina yang memegang 58 kap antarabangsa tamat hujung musim ini dan dia telah memaklumkan kelab bahawa akan berpindah," jelas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh City pada Ahad.

Bagaimanapun pemain berusia 32 tahun itu enggan memberitahu lokasi perpindahannya, namun berharap pengurus City, Pep Guardiola akan mendedahkan perkara tersebut.

Zabalate mula menyarung jersi pada tahun 2008 dari Espanol dan telah membuat 332 penampilan.

Dia dijangka akan beraksi buat kali terakhir untuk City di Stadium Etihad bertemu West Bromwich pada Selasa ini.

Pablo Zabaleta, Man City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain