suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inter Milan Pecat Stefano Pioli

Stefano Pioli

INTER Milan akhirnya memecat Stefano Pioli yang memegang peranan sebagai ketua jurulatih kelab itu.

Pengumuman pemecatan dibuat di laman rasmi kelab selepas penampilan buruk Inter dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.

Kelab dari Itali ini terpaksa menelan lima kekalahan dan dua kali mencatatkan keputusan seri.

Tempat Pioli diambil alih oleh jurulatih skuad remaja, Stefano Vecchi, dengan tiga baki perlawanan musim ini.

Pencarian jurulatih baharu untuk musim depan akan dibuat ketika waktu rehat musim panas nanti.

"Inter secara rasmi mengumumkan telah menghentikan khidmat Stefano Pioli dan kekitangan teknikalnya dalam kumpulan jurulatih.

"Jurulatih skuad remaja, Stefano Vecchi, secara langsung akan mengambil alih kelab hingga akhir musim. Kelab akan segera menyusun perancangan untuk musim depan," demikian kenyataan di laman rasmi kelab.

Sejak musim ini bermula, Inter sudah memecat tiga jurulatih, bermula dengan Roberto Mancini pada Ogos, Frank de Boer pada November dan giliran Pioli pada Mei tahun ini.

Inter Milan, Stefano Pioli

Artikel Sebelum

Messi Tunjuk 'Kegilaan'

Artikel Berikut

Artikel Lain