suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Sukar Buat Zabaleta

PABLO Zabaleta sedia membuat keputusan sukar untuk meninggalkan Manchester City.

Zabalete yang hampir sedekad terpaksa bersedia untuk menamatkan kariernya di City selepas Pep Guardiola cuba untuk membawa pemain pertahanan Englan, Kyle Walker dari Spurs.

Kontrak Zabaleta bakal berakhir hujung musim ini dan kekurangan beraksi membawa kepada keputusan yang akan dibuat nanti.

Manakala Walker, yang dianggarkan bernilai 35 juta pound (RM197 juta) dilihat sebagai pemain sempurna oleh Guardiola.

Guardiola (kiri) intai pemain Spurs.

"Saya mempunyai hubungan istimewa bersama City. Saya telah berada di sini selama sembilan musim dan perasaan sayang saya kepada City sangat kuat," jelas pemain pertahanan Argentina itu.

Menurut Zabalete,32, dia menunggu sehingga tamat musim ini untuk membuat keputusan rasmi.

"Semua pemain kini sedang fokus dan cuba untuk menamatkan liga di tempat terbaik bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

"Kami semua tahu, beberapa pemain akan meninggalkan skuad ini, namun buat masa sekarang perkara lebih penting adalah mengenai kelab.

"Sesuatu yang memalukan jika Manchester City tidak layak bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan, jadi kami perlu bekerja keras," jelasnya.

Pablo Zabaleta, Man City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain