suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelumba Maut Dalam Kemalangan, Pusingan Ketiga Cub Prix Batal

Gambar fail Norizman Ismail.

KUALA LUMPUR: Juara kelas perdana Perlumbaan Cub Prix 2005 dan 2011, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh satu, semasa sesi ujian masa kategori CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, Jumaat.

Allahyarham yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing, terlibat dalam kemalangan itu kira-kira pukul 3.50 sebelum marshal dan paramedik memberikan rawatan segera selepas bendera merah dikibarkan pada pukul 3.52 petang untuk menghentikan sesi itu.

Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dalam kenyataannya berkata, Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang.

"Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat dan pasukan perubatan penuh. Pihak hospital telah melakukan usaha terbaik namun beliau gagal diselamatkan," kata kenyataan itu.

Allahyarham memulakan karier dalam perlumbaan Cub Prix pada 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2011.

Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn Bhd selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan semua pelumba, memutuskan untuk membatalkan perlumbaan yang dijadualkan hujung minggu ini sebagai tanda hormat ke atas kematian Allahyarham. - Bernama

Norizman Ismail

Artikel Lain