Ada Firasat Jijoe Akan Menang - Sukan | mStar

Ada Firasat Jijoe Akan Menang

Athiah bersama dua anaknya, Amna Khadeeja dan Amna Maryam (kanan).

IPOH: Walaupun Athiah Ilyana Abd Samat, 31, berdebar untuk Aizulhasni Awang, dia mempunyai firasat suaminya itu akan merangkul gelaran juara dunia buat pertama kalinya.

Sebelum perlumbaan, Azizulhasni, 29, ada menghubungi Athiah dan bercakap dengan anak mereka Amna Maryam, 4, dan Amna Khadeeja, 1, dan berkata:"Saya yakin dan dalam keadaan baik. Saya mahu menang jersi pelangi untuk dua anak saya.

"Keinginan untuk menang buat dua anaknya itu menjadi kenytaan apabila Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran “Pocket Rocketman” dinobatkan sebagai juara acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, malam Khamis.

Dengan kemenangan itu, Azizulhasni atau lebih mesra disapa Jijoe berjaya memenangi jersi pelangi yang boleh disarung dalam perlumbaan sepanjang tahun oleh pemiliknya.

Pada perlumbaan itu, atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu melakukan kayuhan luar biasa untuk mengetepikan pencabarnya, Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dan pelumba No.1 dunia Tomas Babek.

Athiah berkata dia nyaris terlepas siaran langsung perlumbaan itu kerana tidak sedar ia akan disiarkan secara langsung.

Namun kira-kira pukul 9 malam, mertua Athiah ada menghubunginya dan memaklumkan mengenai perkara itu.

"Sebelum aksi final, saya mempunyai firasat dia akan menang dan ketika saya bercakap dengannya sebelum perlumbaan, perasaan itu semakin kuat.

"Abi (panggilan Azizulhasni untuk anaknya) akhirnya menang jersi pelangi. Ketika dia memenanginya, kami semua menjerit sekuat hati dan anak kami amat gembira.

"Malah ketika dia menghubungi saya selepas perlumbaan, kami berdua berteriak di dalam telefon. Dia banyak berkorban untuk kemenangan ini," katanya kepada pemberita di kediaman ibu bapanya di Meru dekat sini Jumaat.

Athiah berkata Azizulhasni seorang yang bersemangat terutama ketika membabitkan acara kegemarannya, walaupun ada rintangan, dia tidak akan berputus asa.

"Satu perkara tentang Azizulhasni adalah semangat untuk sukan itu dan seperti mana-mana atlet, disiplinnya amat baik.

"Dia bukan sahaja seorang atlet tetapi juga pelajar. Jadualnya amat padat tetapi akhirnya dia berjaya membahagikan masa.

"Bayangkan dia bangun pukul 5 pagi untuk latihan, pergi ke kelas, latihan lagi dan melengkapkan tugasan dan kemudian tidur pada pukul 2 pagi. Ia kelihatan tidak masuk akal tetapi Azizulhasni dapat melakukannya," kata Athiah.

Sasaran Azizulhasni selepas ini adalah misi mendapatkan pingat emas untuk negara pada Sukan Olimpik, Tokyo.

Meskipun sudah mencapai gelaran juara dunia, tiada istilah rehat bagi Azizulhasni kerana dia akan kembali ke Melbourne pada 21 April ini untuk menghadiri kelas dan menjalani sesi latihan.

Azizulhasni Awang , jersi pelangi

Artikel Sebelum

Diego Costa Akhirnya Buka Mulut

Artikel Berikut

Kedah Hilang Dua Tonggak Utama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain