suria

Zidane Sisih Ronaldo Bertemu Gijon

CRISTIANO Ronaldo disisihkan daripada skuad utama Real Madrid ketika berdepan Sporting Gijon pada aksi La Liga, malam Sabtu.

Ronaldo meledak gol ke-100 di pentas Eropah pada Khamis lalu selepas membantu Real menundukkan Bayern Munich 2-1 pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Allianz Arena.

Namun Pengurus Zinedine Zidane tidak menyenaraikan bintang Portugal itu dalam skuadnya kerana mahu memastikan Ronaldo sentiasa segar menjelang dua aksi penting minggu depan.

Dengan ketiadaan Gareth Bale yang bergelut dengan kecederaan betis, Zidane turut mengambil pendekatan merehatkan Karim Benzema bagi memastikan tonggak utama Real kekal cergas untuk aksi lebih penting.

Pada Selasa, Real akan melayan kunjungan Bayern ke Santiago Bernabeu sebelum bertemu Barcelona pada hujung minggu depan.

Real kini kekal di tangga teratas dengan mengutip 72 mata, lebih tiga mata di depan Barcelona.

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain