suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kolasinac Pilih Sertai Arsenal

Sead Kolasinac.

PEMAIN pertahanan Schalke, Sead Kolasinac dilaporkan bersetuju untuk menyertai Arsenal pada hujung musim ini.

Kontrak Kolasinac, 23, bersama kelab Bundesliga itu akan berakhir tidak lama lagi dan dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Juventus.

Namun, The Guardian melaporkan dia berada di London untuk menandatangani kontrak bersama The Gunners.

Ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa dia dalam proses untuk memuktamadkan perpindahan ke Everton dan AC Milan.

Menerusi Twitter wartawan Itali, Fabrizio Romano yang bekerja dengan The Guardian dan Sky Sports Italia berkata gaji yang ditawarkan Arsenal menjadikan perpindahan itu dapat direalisasikan.

Kolasinac yang juga pemain skuad kebangsaan Bosnia menyertai akademi Schalke pada 2011 dan melakukan lebih 100 penampilan bersama kelab itu.

Sead Kolasinac, Arsenal, Schalke

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SIC Lancar Tema 'F1NALE'

Artikel Lain