suria

JDT Lancar Telefon Pintar?

PETALING JAYA: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal melancarkan produk baharu yang dipercayai sebuah peranti mudah alih pada Sabtu.

Berdasarkan video teaser yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, produk yang masih dirahsiakan itu kelihatan seperti telefon pintar.

"Produk tersebut boleh dimiliki oleh para penyokong JDT melalui pembelian yang akan bermula pada tengah hari esok di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan sebelum sepak mula perlawanan JDT menentang PKNS FC," demikian menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video teaser berkenaan.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan mengenai produk berkenaan sama ada ia merupakan sebuah peranti pintar dengan jenama JDT atau hanya sekadar aksesori telefon bimbit.

Berdasarkan komen pengikut laman Facebook itu, kebanyakan mereka tidak sabar untuk mengetahui mengenai produk berkenaan dan berharap agar harga yang ditawarkan adalah berpatutan jika ia adalah sebuah telefon pintar.

JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain