suria

'Fikir Betul-Betul Tan Cheng Hoe'

GAMBAR FAIL

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe mengkaji semula keputusannya meletak jawatan sebagai jurulatih skuad Lang Merah.

Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata satu mesyuarat exco akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan status Cheng Hoe yang telah menghantar surat peletakan jawatannya 1 April lepas.

"Mesyuarat itu akan diadakan terlebih dahulu sebelum kami mengadakan pertemuan dengan Tan Cheng Hoe.

"Secara peribadi saya ingin menasihatkannya berfikir banyak kali kerana telah lama bersama kami dan paling penting beliau ada semangat Kedah yang kuat," katanya yang ditemui selepas majlis perasmian sebuah pusat mencuci kereta di sini pada Sabtu.

Pada masa sama, Badrol Hisham berkata KFA sedia mendengar dan berbincang dengan Cheng Hoe mengenai apa-apa perkara berbangkit jika ada untuk diselesaikan andai ia mengganggu tumpuannya.

Nama Cheng Hoe yang telah membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaya.

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada 2014, skuad Lang Merah itu berjaya melakar kemenangan dengan menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala Sultan Azlan Shah, Januari lalu. - BERNAMA

Tan Cheng Hoe

Artikel Berikut

Artikel Lain