suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Bantu Bayar Tunggakan Pemain Pasukan Liga-M

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengeluarkan wang simpanannya bagi melunaskan hutang yang ditanggung 24 pasukan Liga-M berjumlah RM 9 juta.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata langkah itu diambil untuk memastikan pasukan Liga-M menyelesaikan hutang kepada pemain.

Keputusan itu menyaksikan 12 pasukan Liga Super menerima RM500,000, manakala 12 pasukan Liga Premier akan mendapat RM250,000 setiap pasukan.

"Kita mahu pasukan-pasukan ini menyelesaikan bayaran yang tertunggak kepada pemain mereka, jadi kami perlu mengeluarkan wang daripada deposit tetap. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku tetapi kami mahu menamatkannya dengan segera," kata Tunku Ismail.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco FAM di sini pada Sabtu.

"Pasukan Liga-M akan diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikannya selepas mereka telah menerima pembayaran daripada FAM. Jika mereka gagal, tindakan akan diambil terhadap mereka.

"Pasukan yang ingkar akan berhadapan pengurangan mata dan akan tersingkir daripada Liga-M jika mereka gagal menjelaskan yuran mereka. Ini adalah amaran terakhir daripada kami."

FAM, Tunku Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain