suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perjanjian MU-TMJ Ketepikan Kelibat Wak Am

KETUA Jurulatih Melaka United, Eric Williams mengesahkan pasukannya bakal beraksi tanpa kelibat Mohd Amri Yahyah dalam pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu.

Kata Williams, beliau terpaksa mengetepikan bekas pemain JDT itu kerana gentleman’s agreement yang dibuat antara pasukan itu dengan  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Disebabkan terdapat gentlement agreement antara TMJ dan pasukan ini, Amri tidak akan bermain menentang kelab asalnya, biarpun kami mendapatkan penyerang itu secara tetap.

"Amri begitu kecewa tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini dan kami akan merindui kelibatnya,” katanya menurut laporan Sinar Online.

Walaupun kehilangan Amri, namun Williams berhasrat untuk melakar kejutan di Larkin untuk mengembalikan keyakinan penyokong.

Ujarnya lagi, beliau akan menurunkan barisan terbaik, termasuk kesemua pemain import yang sudah kembali cergas untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

Melaka United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain