suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ranking Malaysia Naik Empat Anak Tangga, Ke-157 Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia menaiki empat anak tangga untuk menduduki tempat ke-157 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Skuad Harimau Malaya, yang memperoleh 64.6 mata selepas seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Kelas A di Manila baru-baru ini, membantu Malaysia mengumpul sejumlah 146 mata untuk menapak naik daripada kedudukan ke-161 dalam ranking itu.

Malaysia kini setanding dengan negara-negara seperti Sudan dan Selatan Sudan yang berkongsi di kedudukan ke-154, Papua New Guinea (156), Moldova (158), Singapura (159) dan Mauritius (160).

Malaysia menduduki tempat ke-161 dalam ranking FIFA itu pada Januari lepas sebelum jatuh ke kedudukan ke-162 pada Februari dan kembali naik ke tempat ke-161 pada Mac.

Ranking FIFA melibatkan 209 negara di seluruh dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain