Hisense Umum Jadi Penaja Rasmi Piala Dunia Fifa 2018 - Sukan | mStar

Hisense Umum Jadi Penaja Rasmi Piala Dunia Fifa 2018

Presiden Hisense Liu Hongxin (kiri) bersama Setiausaha Agung Fifa, Fatma Samoura pada majlis pengumuman tajaan pada Khamis.

BEIJING: Syarikat elektronik gergasi China Hisense mengumumkan syarikat itu sebagai penaja rasmi Piala Dunia Fifa 2018 sekaligus menjadi jenama elektronik pengguna negara China pertama menaja kejohanan berprestij itu, lapor agensi berita China Xinhua. 

Selaku penaja rasmi, Hisense akan terlibat dalam pelbagai aktiviti pemasaran dan pengiklanan di peringkat global bagi Piala Konfederasi 2017 dan Piala Dunia Fifa 2018 di lebih 200 buah negara serta wilayah sekaligus meningkatkan pendedahan jenama itu di arena antarabangsa. 

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada Hisense mempamerkan logonya untuk acara utama Fifa serta diberikan hak termasuk akses kepada pengiklanan di stadium dan pada kad kredit. 

Presiden Kumpulan Hisense Liu Hongxin berkata, Piala Dunia Fifa satu acara sukan paling penting di dunia yang hanya boleh disaingi oleh Sukan Olimpik.

Menaja kejohanan berprestij bukan sahaja memberikan peluang pemasaran besar-besaran untuk jenama Hisense malah menjadi satu inisiatif strategik yang penting kepada keseluruhan perusahaan.

"Selama ini melalui penajaan sukan, Hisense telah memperoleh banyak pengalaman dan mengalami pertumbuhan jenama," kata Liu dalam sidang akhbar bersama Fifa pada Khamis.

Sementara itu, Setiausaha Agung Fifa Fatma Samoura berkata, Fifa mengalu-alukan penaja baharu dengan tangan terbuka.

"Kami tidak sabar untuk bekerjasama memandangkan syarikat itu adalah peneraju pasaran pengguna elektronik di China di mana populariti bola sepak dilihat terus berkembang," katanya. -Bernama

Hisense , Fifa , Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?