suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beregu Campuran Negara Tarik Diri Separuh Akhir Terbuka India

Pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying.

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan memaksa beregu campuran utama negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menarik diri daripada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India, Sabtu.

Menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org, pasangan itu menarik diri daripada perlawanan separuh akhir dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan mereka dari China, Zheng Siwei/Chen Qingchen yang juga pilihan utama kejohanan.

Liu Ying pula dalam catatan instagramnya berkata beliau berasa tidak sihat dan terpaksa menarik diri daripada beraksi dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan.

Peng Soon/Liu Ying menjadi wakil tunggal negara yang masih meneruskan cabaran selepas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 15-21, 17-21 kepada pilihan kelima, Li Junhui/Liu Yuchen dari China dalam aksi suku akhir pada Jumaat.

Untuk rekod, Malaysia tidak menghantar wakil unuk tiga lagi acara iaitu perseorangan lelaki, wanita serta beregu wanita pada kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah AS$325,000 (RM1.436 juta). -Bernama

Artikel Lain