suria

Kedudukan Cheng Hoe Tidak Dibincang Dalam Mesyuarat Eksekutif KFA

Tan Cheng Hoe.

ALOR SETAR: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Badrul Hisham Hashim berkata persatuan itu tidak membincangkan kedudukan ketua jurulatih "Helang Merah" Tan Cheng Hoe pada mesyuarat eksekutif KFA yang diadakan pada Rabu.

Beliau berkata, meskipun terdapat ura-ura Tan bakal digandingkan dengan Mario Gomez bagi mengendalikan skuad Harimau Malaysia, namun pihak KFA tidak membincangkan perkara tersebut.

"Kami langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu dan tiada apa yang boleh diberi komen," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri di sini, Khamis.

Sementara itu, Badrul Hisham menjelaskan, kerja menaik taraf Stadium Darul Aman dengan kos RM9 juta akan dijalankan sepanjang Ramadan nanti memandangkan tiada perlawanan pada bulan itu.

"Kerja-kerja baik pulih kini menumpukan pada kerja pembaikan lampu limpah dan padang melibatkan kos RM3 hingga RM4 juta daripada nilai keseluruhan RM9 juta.

"Kami akan pastikan ia siap pada bulan Ramadan ini kerana mengambil jadual perlawanan yang kosong pada bulan itu," jelasnya. 

Tan Cheng Hoe, KFA

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Presiden

Artikel Berikut

Artikel Lain