suria

Dua Pemain Piala Presiden P.Pinang Cedera Kemalangan

Seorang pemain skuad Piala Presiden Pulau Pinang mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang petang Khamis. Foto ihsan pembaca

GEORGE TOWN: Dua pemain skuad bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang cedera dalam kemalangan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di Batu Maung ketika mahu ke Stadium Negeri Batu Kawan, Khamis.

Pemain pertahanan, Muhammad Shahmi Mohd Sohairi, 21, cedera parah manakala penyerang, Muhammad Asraf Aliffudin Yassin, 18, cedera ringan apabila motosikal yang mereka naiki melanggar sebuah kenderaan di susur masuk ke JSAHMS kira-kira pukul 1 tengah hari.

Pengurus pasukan, Saad Hassan berkata kedua-dua pemain kini menerima rawatan di Hospital Lam Wah Ee.

"Pasukan kami sepatutnya pergi bersama dengan bas tetapi hari ini pemandu bas cuti sakit dan semua pemain terpaksa pergi sendiri ke stadium di Batu Kawan," katanya.

Menurutnya, beliau tidak dapat bersama kedua-dua pemain itu kerana terpaksa berada di stadium untuk perlawanan dengan Melaka United yang bermula pukul 4.45 petang Khamis.

Difahamkan dalam kejadian itu, kedua-dua pemain yang menaiki motosikal dipercayai merempuh sebuah kenderaan berhampiran susur masuk ke JSAHMS.

Pulau Pinang kini menduduki tempat kelima dalam Kumpulan A Piala Presiden 2017 setelah berjaya mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan masing-masing satu seri dan tewas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain