PBSNT Sedia Dipilih Lokasi Mesyuarat FAM - Sukan | mStar

PBSNT Sedia Dipilih Lokasi Mesyuarat FAM

Ahmad Razif Abd Rahman.

KUALA NERUS: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia memberi kerjasama sekiranya dipilih sebagai lokasi mesyuarat pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Besar yang juga Presiden PBSNT Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mempersiapkan kemudahan yang diperlukan FAM jika Terengganu dipilih sebagai lokasi mesyuarat pengurusan badan induk itu.

Katanya jawatankuasa baharu badan induk itu juga diberi peluang meninjau dan menambah kekurangan yang terdapat di stadium yang dijadikan gelanggang pertandingan bola sepak.

"Cadangan Presiden FAM untuk mengadakan Mesyuarat Exco FAM di setiap negeri merupakan langkah yang bagus dan kami sambut baik serta tawarkan diri kepada badan induk itu untuk mengadakan mesyuarat pengurusan FAM di sini.

"Kami mengalu-alukan keputusan seumpama itu kerana masing-masing dapat bertukar pendapat selain melihat dengan lebih dekat seterusnya memberi pandangan berkenaan kemudahan yang diperlukan," katanya selepas majlis PBSNT Bersama Penyokong, Penaja dan Media di Duyong Marina  and  Resort, di sini.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata pelantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia yang baharu, mampu mengembalikan kegemilangan skuad negara di persada antarabangsa.

Jelasnya pengalaman TMJ sepanjang menerajui JDT cukup ketara berdasarkan kejayaan yang dilakar pasukan itu sejak kebelakangan ini.

"Saya yakin Tunku adalah individu paling tepat untuk menduduki kerusi tertinggi FAM itu.

"Semua pihak mengharapkan barisan baharu FAM ini dapat menyuntik semangat luar biasa terutama dalam memartabatkan liga kebangsaan dan pasukan negara," katanya. - BERNAMA

PBSNT , FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain