suria

Hanya 10,000 Tiket Jika Manchester United Mara Ke Pentas Akhir

Hanya 10,000 tiket disediakan untuk penyokong Manchester United jika mereka mara ke pentas akhir Piala Eropah. - REUTERS

PENYOKONG tegar Manchester United yang memasang impian untuk berkunjung ke stadium bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi perlawanan akhir Liga Eropah sekiranya layak, mungkin terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Ini kerana persatuan bola sepak Eropah, UEFA hanya menyediakan 10,000 tiket perlawanan akhir untuk peminat kelab England itu jika mereka mara ke perlawanan akhir.

Pembahagian tiket itu dibuat sama adil untuk dua kelab yang akan berentap pada perlawanan akhir tersebut 24 Mei depan di stadium Friends Arena di Stockholm, Sweden yang hanya boleh memuatkan 48,000 penonton sahaja.

Baki 17,000 tiket akan dijual kepada peminat bola sepak di Sweden manakala 11,000 tiket lagi diletakkan sebagai tiket korporat iaitu jawatankuasa penganjuran tempatan, persatuan bola sepak, syarikat penyiaran dan rakan penaja.

Jualan tiket antarabangsa mula dibuka pada 17 Mac sehingga 28 Mac, sekali gus membolehkan penyokong mengetahui nasib kelab masing-masing sama ada layak ke perlawanan akhir atau tidak.

Setiap pembeli dihadkan dengan empat tiket sahaja.

Manchester United berdepan tugas berat untuk melayan kunjungan kelab Rusia, FC Rostov dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 pasukan terakhir.

Pada perlawanan pusingan pertama, skuad bimbingan Jose Mourinho sekadar seri 1-1 dan memiliki kelebihan gol di tempat lawan.


Manchester United, Liga Eropah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain