suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Tak Bermain Baik, Tapi Klopp Lega

Jurgen Klopp. -fotoAFP
LIVERPOOL berjaya meraih mata penuh selepas menewaskan Burnley 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan ini The Reds ketinggalan terlebih dahulu sebelum berjaya mengubah kedudukan melalui pemain Georginio Wijnaldum dan Emre Can.

Mengulas mengenai perlawanan mencabar ini, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengaku dirinya berasa lega.

Dia menghargai kemenangan pasukan bimbingannya, walaupun tidak menunjukkan persembahan yang baik.


"Biasanya apabila kami tidak berada dalam situasi terbaik, kami gagal untuk meraih kemenangan, malah terpaksa menelan kekalahan.

"Dalam perlawanan ini secara keseluruhannya kami tidak bermain dengan baik," kata Klopp, memetik laman rasmi Liverpool.

"Namun kami faham, kami perlu terus melakukan lebih baik lagi. Sudah tentu itu yang kami bincangkan sejak babak pertama perlawanan ini. Burnley tampil luar biasa untuk berjuang menentang kami," katanya.

Artikel Lain