suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inter Milan Pesta Gol, Icardi, Banega Catat Hatrik

Ever Banega (kanan) bersama Mauro Icardi. -fotoAFP
INTER Milan berpesta gol dalam perlawanan menentang Atalanta awal pagi Isnin.

Menyambut Atalanta yang sebelum perlawanan berlangsung berada satu anak tangga di atasnya, Inter Milan menang 7-1 dalam pertandingan di Stadium Giuseppe Meazza.

Mauro Icardi dan Ever Banega telah menjadi wira dalam kemenangan Inter dengan mencatat hatrik.

Icardi yang juga kapten pasukan meledakkan gol pada minit ke-17, ke-23 dan ke-26.

Ini bermakna tuan rumah sudah unggul 5-1 pada separuh masa pertama berkat gol tambahan Banega (31' dan 34').

Banega kemudian mengikut jejak Icardi dengan melakukan hatrik menerusi gol ketiganya pada minit ke-68.

Gol itu diperolehi selepas, seorang lagi rakan sepasukannya, Gagliardini menambah gol pada minit ke-52, menjadikan kedudukan 6-1.

Terdahulu, pemain Atalanta Remo Freuler berjaya meledakkan satu gol pada minit ke-42.

Dengan kemenangan ini, Inter Milan naik ke posisi keempat dengan 54 mata dari 28 perlawanan.

Mereka unggul satu mata di atas Lazio dan dua angka di atas Atalanta (tempat ke-6).

Puncak Serie A dikuasai Juventus dengan 70 mata yang diekori Roma dengan 62 mata.

Icardi, Ever Banega

Artikel Berikut

Artikel Lain