suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Lewandowski Bantu Bayern Munich Perkukuh Kedudukan

BAYERN Munich melebarkan penguasaan mereka selaku peneraju Bundesliga kepada 10 mata selepas menang bergaya 3-0 ke atas Eintracht Frankfurt.

Robert Lewandowski membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah seawal minit ke-30 sebelum Douglas Costa menggandakan jaringan dua minit kemudian.

Lewandowski menjaringkan gol ketiga Bayern yang juga jaringan ke-21 liga musim ini pada minit ke-55.

Malah, pemain kebangsaan Poland itu berjaya merekodkan gol ke-100 untuk Bayern dalam 136 perlawanan.

Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu berada di landasan tepat untuk memastikan kejuaraan kelima berturut-turut Bundesliga kekal dalam genggaman mereka.

Kali terakhir Bayern tewas adalah ketika tunduk 3-2 kepada Rostov di Liga Juara-Juara, November lalu.

Dalam perlawanan berasingan, pasukan di tangga kedua, RB Leipzig pula terpaksa akur apabila ditewaskan 1-0 oleh Wolfsburg hasil jaringan tunggal Mario Gomez.

Sementara itu, pasukan tempat ketiga, Dortmund yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, tewas mengejut 1-2 di tangan Hertha Berlin.

Bayern Munich, Bundesliga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain