suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peng Soon-Liu Ying Ikut Jejak Chong Wei

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final Kejohanan Badminton All England di Birmingham pada Ahad.

Pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Barclays Arena pada Sabtu.

Menanti mereka di final pada Ahad adalah Lu Kai-Huang Yaqiong dari China yang mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.

Terdahulu Chong Wei yang menghampiri gelaran keempat All England menewaskan pemain Taiwan Chou Tien Chen dengan rubber set 10-21, 21-14 dan 21-9 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Lin Dan Gagal Ke Final

Artikel Lain