suria

Chong Wei Rangkul Kejuaraan All England Kali Keempat

Lee Chong Wei. -fotoREUTERS

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keempat Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham, Ahad.

Pemain No.1 dunia itu hanya mengambil masa 45 minit untuk menyingkirkan pemain China, Shi Yuqi  selepas bermula baik pada set pertama dengan keputusan 21-12.

Pada set kedua, Chong Wei meneruskan rentak konsisten dengan menundukkan Yuqi 21-10 sekaligus merangkul gelaran pertamanya tahun ini.

Menurut Chong Wei selepas perlawanan, beliau akan terus mempertahankan gelaran ini pada tahun hadapan.

"All England antara kejohanan kegemaran saya dan akan turut bertanding pada aksi Kejuaraan Dunia di Glasgow (Ogos) nanti.

"Terima kasih kepada peminat-peminat yang terus menyokong saya". 

Sebagai rekod, Chong Wei meraih turut merangkul juara All England  pada tahun 2010, 2011 dan 2014.

Lee Chong Wei, All England

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Lain