suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Nafi Pemain Berparti Sebelum Bertemu Barca

PARIS Saint-Germain (PSG) menafikan khabar angin bahawa dua pemain mereka berparti di kelab malam sebelum pertemuan menentang Barcelona pada aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Akhbar Perancis L’Equipe melaporkan pada Jumaat bahawa pemain tengah PSG, Blaise Matuidi dan Marco Verratti dikesan berada di sebuah kelab malam di Paris pada Isnin.

Ianya berlaku sehari sebelum skuad tersebut terbang ke Sepanyol.

PSG tersingkir selepas tewas 6-1 kepada Barcelona.

Namun PSG menolak dakwaan bahawa kekalahan tersebut disebabkan spekulasi dua pemainnya yang menghabiskan masa sepanjang malam di sebuah pusat hiburan.

"Ia menghina profesionalisme pemain dan juga kelab. Spekulasi yang disiarkan L'Equipe tanpa maklumat yang tepat amat memalukan, kata PSG dalam satu kenyataan.

Malah, juara Liga Perancis itu turut menafikan laporan bahawa mereka memohon untuk menganjurkan perarakan trofi Eropah di Champs-Elysees sebelum tersingkir secara mengejut.



PSG, Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain