suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balotelli Ledak Gol Ke-10, Bantu Nice Bangkit Ikat Caen

Mario Balotelli.

PEMAIN kontroversi Mario Balotelli menjaringkan gol ke-10nya musim ini untuk membantu Nice terikat seri 2-2 dengan Caen pada aksi Ligue 1, awal pagi Sabtu.

Balotelli menyemarakkan semangat pasukan dengan meledak gol pada babak kedua sebelum Anastasios Donis menyamakan kedudukan selepas Caen mendahului 2-0.

Nice melakar kejutan pada musim ini apabila naik ke tangga kedua, satu mata di depan Paris Saint-Germain dan dua mata di belakang pendahulu, Monaco menjelang aksi hujung minggu ini.

Jurulatih Lucien Favre memuji persembahan mantap anak buahnya tetapi mengingatkan semua pemain supaya lebih fokus.

"Kami tidak pernah putus asa kerana kami terus bermain dan percaya. Kami kadang kala terlupa cara untuk bermain. Anda perlu menyerang dan pada masa sama bertahan," kata Favre.

Penyerang Mickael Le Bihan pula melepaskan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan Nivel apabila percubaannya tersasar.



Mario Balotelli, Nice

Artikel Lain