suria

Chelsea Dapat Lampu Hijau Naik Taraf Stadium

DATUK Bandar London, Sadiq Khan memberi lampu hijau kepada Chelsea untuk menaik taraf stadium di Stamford Bridge.

Cadangan naik taraf stadium The Blues bernilai 500 juta pound itu memerlukan kelulusan daripada datuk bandar.

Dengan kelulusan tersebut menyaksikan skuad Chelsea bakal meninggalkan stadium itu selama tiga musim untuk memberi laluan kepada kerja-kerja yang berkaitan.

Stadium baharu itu nanti dijangka akan menambah bilangan jumlah 60,000 penonton berbanding 41,600 sebelum ini sekaligus membantu meningkatkan hasil kutipan tiket kepada kelab.

Khan yang merupakan penyokong Liverpool berkata, "London merupakan salah sebuah kota sukan terbaik di dunia.

"Saya gembira menyatakan bahawa kita akan mempunyai sebuah stadium baharu Chelsea di tengah-tengah kotaraya.

"Selepas meneliti cadangan daripada kelab tersebut, saya berpuas hati, lebih-lebih lagi ia seimbang kehendak penyokong yang berkaitan dengan kemudahan pengangkutan berdekatan.

"Saya yakin ia bakal menjadi salah satu daya tarikan kepada pelancong serta peminat-peminat bola sepak seluruh dunia."

Pengubahsuaian stadium direka oleh Herzog and de Meuron yang membina Stadium 'Sarang Burung' Beijing dan diluluskan oleh jawatankuasa Daerah Hammersmith dan Fulham awal tahun ini.

Artikel Lain