suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TLHT Muncul Juara Sulung Liga Hoki Wanita Malaysia

KUALA TERENGGANU: Pasukan hoki wanita Terengganu (TLHT) mencipta sejarah apabila muncul juara sulung Liga Hoki Wanita Malaysia TNB 2017 selepas membenam pasukan Persatuan Hoki Daerah Johor Bahru 5-0.

Pada perlawanan terakhir liga itu di Stadium Hoki Batu Buruk di sini, petang Sabtu, gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-lapan menerusi Nuraini Abdul Rashid.

Seminit kemudian, pintu gol pasukan pelawat sekali lagi dibolosi melalui jaringan pemain kebangsaan Norazlin Sumantri, sebelum Hanis Nadiah Onn menambah derita mereka dengan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12.

Ketinggalan tiga gol tanpa balas, pasukan pelawat lebih banyak bertahan, manakala skuad tuan rumah terus mengganas untuk menambahkan jaringan.

Nuraini sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol keempatTLHT menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-50, sebelum Wan Norfaiezah Mohd Saiuti melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah untuk gol kelima pada minit ke-59.

TLHT merangkul kejuaraan tersebut apabila mengumpul 28 mata selepas mencatat sembilan kemenangan dan satu seri dalam saingan liga berkenaan. -Bernama

TLHT Hoki Wanita

Artikel Lain