suria

Terpulang Kepada Pengurusan KFA Buat Bantahan - Ahmad Bashah

Ahmad Bashah Md Hanipah.

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan KFA untuk membuat keputusan sama ada mahu membantah jaringan gol yang diperoleh Selangor dalam aksi Liga Super, Rabu.

Ahmad Bashah berkata, walaupun terdapat pandangan daripada beberapa bekas pengadil yang mengatakan jaringan tersebut tidak sah, beliau memilih agar perkara itu diputuskan sendiri oleh pengurusan KFA. 

"Di atas padang, yang berkuasa menentukan batal atau tidak jaringan adalah pengadil, dan bekas pengadil yang menyaksikan perlawanan tersebut mempunyai pandangan mereka sendiri. 

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada KFA sama ada mahu membawa perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau sebaliknya. Jika mereka merasakan jaringan itu batal dan perlu dibuat bantahan, mereka patut lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pesakit Tibi sempena sambutan Hari Tibi Sedunia 2017 di Hospital Alor Setar pada Khamis.

Pada aksi di Stadium Selayang, semalam, Selangor memusnahkan harapan Kedah untuk kembali ke kedudukan teratas Liga Super apabila menjaringkan gol penyamaan pada penghujung permainan, sekali gus mengikat skuad Lang Merah dengan keputusan 1-1.

Kontroversi timbul apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada penghujung permainan selepas pemain tengah Kedah, Muhammad Akram Mahinan dikatakan mengasari Muhammad Syahmi Safari dalam kotak penalti. 

KFA

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain