suria

Lima Calon Jurulatih Barcelona Musim Depan

RENTETAN daripada pengumuman Luis Enrique untuk tidak lagi bersama Barcelona pada musim depan, portal Daily Mirror menyenaraikan lima jurulatih berkemungkinan akan dilantik ke jawatan berkenaan.


1. Ronald Koeman

Pengendali Everton ini dinamakan sebagai calon utama yang akan menggantikan Enrique.

Selain dikenali sebagai bekas pemain Barcelona, Koeman juga mempunyai hubungan dengan Johan Cyruff, Frank Rijkaard dan Louis Van Gaal yang juga bekas jurulatih kebal tersebut.


2. Jorge Sampaoli

Sampaoli bukanlah pilihan utama yang menjadi perhatian, namun bekas pengendali Chile ini berjaya membawa Sevilla sebagai pesaing di Lal Liga.

Dia juga hampir dilantik sebagai jurulatih Chelsea jika Antonio Conte menolaknya.


3. Ernesto Valverde

Valverde muncul sebagai salah seorang calon kegemaran untuk jawatan berkenaan.

Bos Athletic Bilbao itu dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai salah satu pilihan terbaik dan berdaya maju untuk mengambil jawatan penting di Camp Nou.


4. Mauricio Pochettino

Pochettino sebelum ini mengakui bahawa dia gembira di Tottenham ketika ini - tetapi kita tahu bahawa apa sahaja boleh berubah.

Jurulatih kelhairan Argentina itu pernah meninggalkan Barcelona sebelum ini untuk ke Espanyol sebagai pemain.

Bagaimanapun dia turut dinamakan sebagai calon pilihan kerana mempunyai pemikiran untuk menyerang dalam setiap permainan.


5. Arsene Wenger

Walaupun agak pelik kerana faktro usia tetapi ia bukan kejutan berdasarkan rekod dan pengalaman.

Selain penyokong Arsenal mendakwa mereka tidak perlukan lagi warga emas ini, Wenger turut memberi bayangan bahawa dia akan tetap menjadi jurulatih sekiranya tidak bersama Arsenal pada akhir musim ini.

Adakah dia akan ke Barcelona? Tunggulah sehingga akhir musim ini.

Barcelona, Sepanyol, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sandro Da Silva Teruja

Artikel Lain