suria

Kedah Terlepas Peluang Rampas Takhta Liga Super

KEDAH gagal merampas kembali  takhta Liga Super daripada Pahang selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Selangor di Stadium Selayang pada Rabu malam.

Pada perlawanan itu, Kedah yang turun tanpa tonggak utamanya, Baddrol Bakhtiar tidak mengambil masa lama untuk mengatur serangan ke arah kubu pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, Selangor yang lebih bertahan di laman sendiri berjaya menyekat barisan serangan skuad Hijau Kuning.

Walaupun pasukan Kedah berjaya menguasai permainan kegagalan penyerangnya mendapat umpnan tepat dari bahagian jentera tengahnya memaksa babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan gol.

Separuh masa kedua yang bermual menyaksikan Selangor memilih untuk lebih menyerang berbanding babak pertama.

Pada minit ke-80 Kedah, kedudukan 0-0 akhirnya berubah apabila Kedah mendapat sepakan percuma.

Sandro Da Silva yang masuk sebagai pemain simpanan berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama skuad pelawat.

Ketika permainan seakan berakhir dengan kedudukan Kedah 1-0 Selangor, skuad tuan rumah berjaya memperolehi sepakan penalti apabila Akram Mahinan menjatuhkan penyerang Selangor Mohd Syami Shafar.

Sepakan Juliano Mineiri berjaya diselamatkan oleh Ifwat Akmal, malangnya Victor Stelian berjaya menyamakan kedudukan.

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe bagaimanapun berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun sekadar mengutip satu mata.

"Kita bermain dengan baik dan dapat menguasai perlawanan dengan baik sehingga dapat menjaringkan gol menerusi Sandro.

"Tetapi di saat-saat terakhir, sedikit kelekaan di bahagian pertahanan menyebabkan Selangor mendapat penalti," kata beliau.

Cheng Hoe turut memuji kekentalan barisan pertahanan Selangor yang berjaya mengekang gerakan berbahaya pasukan Kedah untuk menjaringkan gol.

"Saya rasa semangat pemain Selangor untuk bangkit memang berkualiti.

"Dan bukan mudah untuk menembusi barisan pertahanan Selangor yang begitu baik," katanya.

Selain itu, Cheng Hoe berkata, beberapa hantaran akhir pemainnya dilihat kurang berkesan pada perlawanan tersebut serta terpaksa berdepan ancaman serangan balas Selangor yang begitu bahaya.

"Saya harap pemain dapat belajar sesuatu dan perlawanan seterusnya kita akan bangkit semula," katanya.

Mengulas tentang kekasaran yang dilakukan Akram, Cheng Hoe enggan menyalahkan pemain itu 100 peratus.

"Kita tidak boleh salahkan Akram kerana dia mahu menghentikan gerakan pemain lawan (daripada menjaringkan gol).

"Kita kena terima dan perlu belajar dari kesilapan pada setiap perlawanan," katanya.

Kedah, Selangor, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Lain