suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azraai Khor Akui Belum 'Dilamar' KLFA

Azraai Khor Abdullah

PETALING JAYA: Bekas jurulatih Sabah FA, Mohd Azraai Khor Abdullah menafikan khabar angin yang mengaitkannya bersama pasukan Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Azraai,64, dia tidak tahu mengenai perkara itu malah tidak menerima tawaran dari mana-mana pasukan setakat ini.

"Tidak ada sebarang tawaran setakat ini. Kalau betul, pastinya saya akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk berbincang mengenainya. Saya tidak ada apa-apa halangan untuk menguruskan pasukan ini ," ujarnya ringkas kepada mStar Online.

Hari ini, laman Facebook sebuah kelab boa sepak memuatnaik gambar tiga calon jurulatih yang bakal menguruskan pasukan Liga Perdana ini termasuk Mohd Azraai, Fandi Ahmad (LionsXII) dan bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Mohd Azraai kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kali terakhir menguruskan skuad Sabah pada tahun 2015.

Teka-teki mengenai pengendali baharu City Boys masih menjadi tanda tanya selepas kontroversi lesen kejurulatihan Wanderley Junior tidak diperakui oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sejak bulan lalu.

Sebagai rekod, pasukan Kuala Lumpur kini berada di tangga keenam liga dengan mengutip sebelas mata selepas tujuh perlawanan.

Azraai Khor, KLFA

Artikel Lain