suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Perkukuh Kedudukan Dalam 'Gua'

Jamie Vardy sekwatu menjaringkan gol ketiga buat Leicester City. Foto Reuters

DUA gol Jamie Vardy membantu Leicester City memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.

Bertempat di Stadium King Power di Leicester, England, Vardy menjaringkan gol pada minit ke-28 dan 60'.

Aksi cemerlang Vardy pada minit ke-28 itu juga sekali gus menyaksikan gol sulung buat Leicester pada tahun ini.

Susulan gol Vardy, Leicester dilihat semakin bersemangat dan hasilnya, Danny Drinkwater menambah jaringan pada minit ke-39.

Pada minit ke-67, pemain Liverpool, Philippe Coutinho cuba untuk memperkecilkan kedudukan dengan menjaringkan gol.

Bagaimanapun, sehingga ke akhir permainan, tiada tambahan jaringan yang berjaya diraih Liverpool.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Juergen Klopp kali keempat tewas di tangan pasukan antara yang 'tercorot' dalam kedudukan liga.

Terdahulu, Liverpool ditundukkan oleh Hull City, Swansea dan Bournemouth.

Liverpool kini berada pada kedudukan kelima liga, di belakang Arsenal, Manchester City, Totthenham dan Chelsea.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain