suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Umum CEO Baharu Selepas Kalah 3-1

LIVERPOOL mengesahkan telah mendapat pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) yang ditinggalkan oleh Ian Ayre.

Pengumuman itu dibuat selepas kelab berkenaan tewas 3-1 kepada Leicester dalam siangan Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Dalam pengesahan itu, Liverpool menamakan Peter Moore sebagai CEO yang baharu.

"Liverpool Football Club telah menamakan Peter Moore sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.

"Moore akan memulakan tugas baharu ini pada Jun dan akan  melaporkan terus kepada pemilik kelab, Fenway Sports Group.

"Moore, 61, ketika ini bertugas sebagai ketua persaingan di Electronic Arts di Amerika Syarikat. Dia akan berpindah ke Liverpool pada akhir musim ini.

"Moore sebelum ini memegang jawatan penting di Microsoft, Sega dan Reebok dan pemegang ijazah pertama dari Universiti Keele dan ijazah kedua dari Universiti California State," menurut Liverpool dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Liverpool, Sega, Reebok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain