Rasuah: Neymar Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara - Sukan | mStar

Rasuah: Neymar Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara

BINTANG bola sepak sensasi Brazil dan Barcelona, Neymar dilaporkan gagal dalam rayuan akhir berhubung tuduhan rasuah dan akan diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Dakwaan tersebut melibatkan perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona empat tahun lalu dan dia berdepan hukuman dua tahun penjara jika didapati bersalah.

Kedua-dua kelab tersebut gagal dalam rayuan untuk mengenepikan tuduhan tersebut dan kes berkenaan akan dibicarakan.

Pihak pendakwaraya mahu denda sebanyak AS$9 juta (RM40) dikenakan ke atas Barcelona manakala kelab Santos perlu membayar sebanyak AS$7 juta (RM26 juta).

Kes itu dibangkitkan selepas kumpulan pelaburan Brazil, DIS mengemukakan aduan apabila mendakwa kedua-dua kelab terbabit gagal membayar 40 peratus daripada hasil perpindahan Neymar yang dianggarkan berjumlah AS$37 juta (RM166 juta).

Selain itu, syarikat berkenaan mendakwa jumlah yang mereka peroleh hasil perpindahan Neymar jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan.

Neymar menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak AS$60 juta (RM271 juta) pada 2013.

Antara yang turut berdepan dakwaan tersebut termasuk ibu dan syarikat yang dikendalikan oleh pemain berusia 25 tahun tersebut.

Kesemua yang terlibat tidak boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.

Neymar , Barcelona , Santos

Artikel Sebelum

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Penjaga Gol Gemuk Makan Pai Di Bangku Simpanan

Artikel Berkaitan

Pemain Bernilai RM1.1 Bilion Diburu

Barcelona Belasah Celta Vigo

Lebih Artikel