suria

Piala FA: Walcott Raih Gol Ke-100, Arsenal Mara Suku Akhir

Aksi Walcott selepas menjaringkan gol buat Arsenal dalam perlawanan Piala FA ketika menentang Sutton United di Stadium Gander Green Lane di London, awal pagi Selasa. Foto AP

ARSENAL menempa tiket ke suku akhir Piala FA selepas menundukkan Sutton United dengan 2-0 di Stadium Borough Sports Ground di London, awal pagi Isnin.

Tampil sebagai pasukan tamu, Arsenal mempamerkan kehebatannya dengan menguasai permainan.

Dua gol Arsenal dijaringkan pemain Lucas Perez pada minit ke-27 dan Theo Walcott (55').

Lebih menarik, jaringan Walcott merupakan gol yang ke-100 untuk Arsenal dalam sejarah kelab itu.

Menerusi 12 percubaan ke gawang Sutton, hanya empat serangan menepati sasaran.

Bagaimanapun, hanya dua gol berjaya membolosi gawang menerusi aksi Perez dan Walcott.

Kemenangan Arsenal menjadikan kelab itu mara ke suku akhir yang bakal berdepan dengan pasukan Lincoln City.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain