suria

Penyokong Rancang Protes Desak Sanchez Tinggalkan Arsenal

PENYOKONG Alexis Sanchez yang bosan melihat pemain itu terus menyarung jersi Arsenal berhasrat mengadakan protes sebagai tanda sokongan terhadap pemain kebangsaan Chile tersebut untuk meninggalkan Emirates.

Malah sebuah laman Facebook dengan nama Marcha Nacional para que Alexis Sanchez deje el Arsenal turut diwujudkan meminta rakyat Chile untuk menyertai satu demonstrasi menuntut Sanchez supaya meninggalkan The Gunners.

Setakat ini, lebih 5,000 penyokong mengesahkan kehadiran mereka pada demonstrasi tersebut yang akan diadakan di Plaza Baquedano, Santiago pada 1 Mac depan.

"Sebagai rakyat Chile kami bosan melihat salah seorang pemain bintang kami terus bersama pasukan yang tidak boleh pergi jauh.

"Kami juga tidak mahu dia beraksi untuk Real Madrid atau Barcelona. Kami tidak kisah di mana dia akan bermain. Kami hanya mahu dia berjuang bersama 10 pemain lain untuk mendapat keputusan terbaik.

"Dia tidak layak untuk berseorangan," demikian menurut kenyataan dalam laman Facebook itu.

Pada Khamis, Sanchez akan meninggalkan Arsenal selepas dilaporkan kecewa dengan kekalahan 1-5 di tangan Bayern Munich pada aksi pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Malah Sanchez terlibat dengan insiden pergaduhan dengan beberapa pemain senior lain di dalam bilik persalinan.




Arsenal, Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Jadual Piala FA Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain