suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cabaran Malaysia Di Kejohanan Berpasukan Campuran Asia Berakhir

Gandingan Soon Huat dan Shevon tewas kepada pemain China Chen Qingchen-Zhang Nan.

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia berakhir selepas tewas 0-3 kepada juara bertahan, China pada aksi suku akhir di Vietnam pada Jumaat.

Chen Qingchen-Zhang Nan menyumbangkan mata pertama buat China selepas mencatat kemenangan 21-14, 21-9 ke atas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dalam acara beregu campuran, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.org.

Shi Yuqi melebarkan penguasaan China selepas menewaskan Lim Chi Wing 21-7,  21-14 dalam acara perseorangan lelaki, sebelum Li Junhui-Liu Yuchen memastikan kemaraan pasukan itu ke separuh akhir selepas mengetepikan cabaran sengit Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 19-21, 22-20, 21-10.

China akan berdepan Jepun pada separuh akhir Sabtu selepas pasukan itu mencatat kemenangan 3-2 ke atas Indonesia pada satu lagi aksi suku akhir.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Korea Selatan akan menentang Thailand. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Malaysia

Artikel Lain