suria

SHAH ALAM: Penganjur perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 akan memastikan peserta benar-benar bersih daripada penggunaan dadah terlarang dalam perlumbaan, yang bermula 22 Februari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2017, Emir Abdul Jalal berkata beliau telah membuat ketetapan sejak awal lagi bahawa pihaknya tidak akan mengambil pasukan yang mempunyai sejarah doping dalam sukan berprestij itu. 
"Kami tidak mahu acara ini dikaitkan dengan doping," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan tiga penaja bagi sukan itu yang dijadual berlangsung dari 22 Feb hingga 1 Mac. 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) yang mengesahkan pelumba pasukan Pishgaman dari Iran, Rahim Emami gagal dalam ujian doping sewaktu perlumbaan Jelajah Malaysia pada Oktober 2016. 
Rahim Emami diuji positif dengan bahan larangan anabolic-androgenic steroid.
-- LAGI
LTDL-DOPING 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Mengulas lanjut, Emir berkata pelumba LTdL yang didapati positif doping akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk hadiah ditarik balik dan pasukan pelumba berkenaan terpaksa membayar balik kesemua hadiah wang tunai kepada penganjur. 
Jika mereka mengulangi kesalahan itu, pasukan berkenaan akan diharamkan daripada mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.
Sebanyak 20 pasukan terdiri daripada satu pasukan World Tour, 18 pasukan benua profesional dan pasukan kebangsaan Malaysia akan menyertai perlumbaan kali ini. 
Perlumbaan sebanyak lapan peringkat, yang merangkumi jarak sejauh 1,225 kilometer, dijadual bermula di Kuala Berang, Terengganu dan berakhir di Putrajaya. 
Sementara itu, Emir berkata pengedar rak kereta terkenal Jepun, Inno Rack; Nexedge Techology (M) Sdn Bhd dan Spritzer hari ini diumumkan sebagai penaja bagi LTdL. 
Emir berkata Inno Rack yang julung kali menjadi penaja perlumbaan akan menaja 60 unit rak bumbung untuk kereta berpasukan.
-- BERNAMA
VSS FAI HS RON 17/02/2017 15-28ST

Artikel Sebelum

Artikel Lain