suria

Presiden FAM: Annuar Musa 'Kunci Mulut'

PETALING JAYA: Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa memilih untuk mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pemilihan pemimpin tertinggi badan induk bola sepak negara.

Annuar menerusi kenyataan terbaharu dalam laman Facebook Tan Sri Annuar Musa pada Sabtu, berkata, beliau tidak mahu menambah gawat (kepincangan) selain berpegang pada janji sebelum ini yang mahukan tempoh bertenang.

"Lagi pun saya tetap menghormati semua pihak dan mahukan suasana harmoni dalam bola sepak Malaysia ..Selepas pemilihan FAM perlu kekal di hormati dan perlukan kerjasama banyak pihak.

"Elok ruang yang ada Saya gunakan untuk memikirkan apa yg perlu di lakukan selepas ini untuk memperbaiki dan transformasi bolasepak Malaysia," kata beliau.

Annuar Musa merupakan seorang daripada dua calon Presiden FAM yang mengesahkan penyertaan untuk merebut kerusi panas tersebut selepas menyatakan kesediaan beliau untuk memimpin persatuan tersebut.

Beliau akan bersaing dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga dilihat sebagai calon berpotensi besar untuk mengisi kekosongan kerusi badan induk bola sepak negara itu.

Tunku Ismail bakal menentang Annuar dalam Kongres FAM Ke-53 yang berlangsung pada 25 Mac ini selepas dua lain calon iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan pada tarikh akhir 13 Februari lalu.

Annuar Musa, FAM

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super 2017

Artikel Berikut

Artikel Lain